Sunday, November 28, 2010

sempurna..

Aku tidak tahu dr mana ingin memulakannya..
Dan aku masih tidak tahu di mana silapnya..
Di mana puncanya.
Saat ini..aku hilang arah..seperti seorang yg tidak ada matlamat dan cita2..
Aku masih mencari..dimana kesilapannya..
Aku lihat di sekeliling aku,
Mereka berjalan tanpa menghiraukan aku,
Mereka ketawa tanpa merasa kehadiran aku disini..
Ayah..apa salah saya..
Awak..apa salah saya..

Dengan seungkap kata semanis bicara yg mengandungi racun berbisa..
Terusnya mereka mempercayai momokan orang..tentang apa yg aku lakukan..
Tanpa mengetahui kebenarannya,

Ya ALLAH..
inikah balasannya terhadap apa yg aku lakukan?
Inikah erti pengorbanan yg aku pernah lakukan untuk mereka?
Bukan pilih kasihkah namanya itu?
Jika mereka lebih percaya dengan apa yg syaitan2 itu berbicara di sekeliling mereka,
Apakah semua itu?adakah istilah anak emas dalam mencari erti kebenaran??
Adakah erti kekasih gelap dalam mencari kebenaran?
Apakah aku ini pelacur di depan mereka?
Apakah aku ini hanya barang yang tidak berguna?
Apakah ini yang aku dapat setelah bergadai perasaan dan nyawa untuk menjaga hati mereka??
Sempurna seperti mana yang kamu semua mahukan?
Sehingga tuduhan melulu dilemparkan,
Cantik?sopan?muslimah yang bertudung litup?tidak keluar rumah?
Patutkah aku perlu hipokrit dalam mencari kasih sayang?

Aku sudah putus asa,
Sudah cukup aku mengalah,
Sudah cukup aku taburkan kasih sayang aku..
Sudah cukup aku menuruti setiap kehendak kamu semua..
Sudahlah..
Cukuplah dengan semua ini..

Terima kasih atas sikap tidak berperikemanusiaan kamu semua terhadap aku,
Terima kasih kerana kamu semua meninggalkan aku dengan nista dan cacian orang,
Terima kasih kerana menghargai segala pengorbanan yang aku lakukan,
Terima kasih dengan keputusan panjang akal kamu semua,
Terima kasih kerana selama aku hidup di atas dunia ini, kamu semua telah menjadi pak turut dalam hidup aku,
Terima kasih kerana telah menghargai aku,
Terima kasih kerana melayan aku sebagai seorang manusia,
Terima kasih kerana bersikap adil bersama aku,
Terima kasih atas kata-kata pujian yang telah kamu semua berikan,
Terima kasih atas semuanya..

Cuma ingat, aku hanya seorang manusia, yang tidak ada kesempurnaan,
Aku sayangkan semua yang hadir dalam hidup aku,
Jika kamu semua ingin mencabar kewibawaan seorang wanita yang teranaia,
Silakan dengan rela hati,
Tetapi jangan meminta pada aku lagi,
Ini bukan soal cinta,
Ini soal hormat, maruah dan harga diri,
Teruskan dengan egomu,
Teruskan dengan keangkuhanmu,
Aku berserah diri..
Dan jika itu yang kamu semua minta,
Akan aku turuti..teruskan membenci aku,
Aku menerima dengan hati yang rela,
Teruskan mengata aku,
Kerana aku hanya mampu berdiam diri..
Lakukan apa sahaja,agar asalkan hidup kamu semua bahagia,
Di dalam dunia yang sementara..
Jangan salahkan aku dendam, yang tidak akan berkesudahan
Ingat kata2 kamu semua yang berjanji untuk tidak bercerita tentang aku!
ingat jangan kamu semua menilai aku dari rupa luaran jika kamu semua pernah berzina!
ingat itu!


1 comment:

  1. jadi sedih membacanya,.. tapi aq tau kok perasaan km sabar yach,..
    doakan sja yang terbaik buatnya, dan ingatlah smua yang buat kita sakit hati pasti ada balasannya ( karma) so keep smile aja,.. n buat kita itu menjadkan kita lebih baik lagi dan ingat akan hidup ini hanya sementara,..

    ReplyDelete