Wednesday, December 15, 2010

aku tak tahu

Memanglah malas nk berfalsafah..sebab setiap kali berfalsafah,setiap kali itulah mata aku basah. Entah kenapa aku rasa terpanggil untuk tulis benda yang karut macam ni. Karut? Kata hati yang penuh dengan benci, memang menganggap cinta itu karut, tidak masuk diakal, gila dan apa lagi lah maksudnya. Aku seorang manusia biasa, yang bukannya berada di sebuah rumah besar yang berharga berjuta-juta harganya, aku manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Cuma kadang-kadang, hati ni penuh dengan rasa benci yang selalu mendatang, ego yang tak kenal simpang. Itulah aku ini.
Ada juga aku terfikir, jika aku ada keluarga yang bahagia, duit bagai bulan jatuh ke riba, kawan bila berjumpa pandai bertegur sapa, jawatan yang semua orang tidak boleh beli dengan harga, memang aku takkan sia-sia kan hidup sebagai manusia.
Aku pernah menyayangi seorang lelaki yang sakit tenat dan tak boleh hidup lama, yang sikapnya baik dan luhur seperti bidadari syurga, yang jaga keluarga dan ibunya, tetapi sayang, hidup dan mati ditentukan oleh Tuhan, dia dia dah pergi meninggalkan aku selamanya. Walaupun orang Nampak aku gembira, tetapi ada detiknya waktu senja, aku sangat-sangat merindukan dia. Semoga ALLAH tempatkan dia di syurga bersama-sama sahabat baginda Rasulullah s.a.w. Jadi jika ada orang berkata aku tak faham apa yang mereka rasa,mereka silap sama sekali, tetapi aku hanya boleh mendiamkan diri, sebab kita tahu siapa diri kita sendiri.



Aku pernah menyayangi seorang lelaki yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi semua orang, yang sangat dipandang. Apalah status anak datuk jika dibandingkan aku seorang wanita kutuk? Aku cuma boleh menunjukkan diri aku sebenar tanpa menjadi orang lain, aku adalah aku yang yang tak bias menjadi batu bila orang membuat sesuatu. Dan semakin hari semakin aku terhimpit dalam kekangan keluarga mereka yang besar, yang kiranya duit rm1000 itu hanya seprti batu terhampar, yang jumlahnya bukanlah sesuatu yang perlu digusar. Lama aku terhimpit, aku bukan seorang wanita yang tersepit dalam kekangan hidup yang perit, tetapi aku tak pernah mengambil satu sen pun dari hartanya, aku ini bukan orang yang meminta harta, meskipun bukan dari keluarga berada. Tetapi mulut buaya tak bisa ditutup walau seinci, maka dia berkata, aku ini hanya mengambil kesempatan ke atas kedudukanya sahaja, dan cukup dengan itu aku dihina oleh keluarga si dia. Benar kata mimpi aku dahulu, “aku bukan untuk dia”.
Dan sekarang, aku tidak tahu, apa yang patut aku lakukan, untuk mengembalikan sebuah hidup yang tidak berharga, sedar yang diri ini tidak sempurna, memiliki sifat-sifat buruk yang bisa melukakan hati orang di dunia. Aku patut mendiamkan diri, tak perlu berteka teki dengan sesuatu yang tak pasti. Cukup sudah aku menunggu kepada cinta yang tiada lagi disisi, kepada hidup yang ngeri sentiasalah menanti diri ini, aku tak mahu mencari lagi dan biarkan ia datang sendiri, meskipun haluan ia tidak akan kembali menyambut aku di pintu hati. Aku ada kemahuan sendiri, yang telah aku luahkan disini, yang malu aku luahkan secara bersendiri.


No comments:

Post a Comment