Thursday, January 13, 2011

DALAM KOTAK ITU!

DALAM KOTAK ITU.

Dalam kotak itu,
Ada sesuatu yang menghantu,
Ada aku yang makin melayu,
Ditemani bunyi yang syahdu,
Tanpa ayah dan ibu.

Dalam kotak ini,
Aku berdiri sendiri,
Saat masa terbujur mati,
Dalam sepi yang menghimpiti,
Seperti dilapah hati ini.

Dalam kotak itu,
Aku masih keliru,
Apakah itu petanda bagiku?
Apakah ia cahaya hidayah itu?
Ya Tuhan,
Aku memohon ampun,
Atas segala dosa yang aku lakukan,
Kerana hanya engkau teman,
Sewaktu aku dikelilingi syaitan

Dalam kotak ini,
Aku melihat bayang ngeri,
Yang menunggu masa untuk mati,
Aku takut ini! Aku takut!
Muka ku berkerut,
Manahan seksa yang tiada ubat,
Melainkan hanya taubat!

No comments:

Post a Comment